Tuesday, May 26, 2009

Rahsia di dalam Ais

"Zat di dalam ais tidak akan mampu dihasilkan oleh mana-mana saintis mahupun manusia"
Air sejuk yang hening dapat menolong pesakit insomnia yang sukar tidur agar dapat kembali tidur seperti biasa.

Orang yang tidur dalam udara yang sejuk dan berselimut untuk memanaskan tubuhnya adalah kombinasi yang baik untuk menjaga kesihatan secara menyeluruh dalam jangka masa pendek apatah lagi jangka panjang.

Udara panas lebih memudahkan penyebaran penyakit berjangkit kerana bacteria lebih agresif dan cepat membiak dalam cuaca begini.

Liputan ais di Antartika (daerah Kutub Selatan) dan Artik (daerah Kutub Utara) adalah pengimbang dasar bumi yang amat panas.Kombinasi dalam bumi yang panas dan luaran bumi yang sejuk adalah rahsia keseimbangan tekanan semulajadi alam yang mengawal graviti dan pergerakan bumi pada paksinya.

Ais atau air sejuk dapat mengembalikan memori atau sifat pelupa yang keterlaluan.

Benarkan anak anda mengunyah ais kerana ini akan menguatkan giginya dan benarkan anak anda memakan ais krim secara perlahan-lahan dan berterusan sehingga batuknya hilang dalam masa beberapa jam kerana mengambil ubat batuk biasanya akan mengambil masa satu minggu untuk melegakan batuk secara total.

Membiasakan diri mengunyah ais akan meningkatkan kecerdasan fikiran dan kepantasan pergerakan.

Ais amat diperlukan oleh mana-mana atlit sukan dalam kecederaan yang tidak disangka-sangkakan.

Air sejuk atau ais kini dijadikan bahan perencat kepada kecederaan yang akut seperti demam panas yang biasanya dihidapi oleh bayi yang mempunyai potensi menghidapi penyakit sawan.

Air sejuk adalah terapi yang amat popular sebagai penguat tulang yang telah patah dengan syarat ia dibalut dengan kain hitam.

Air sejuk dalam rahsia cuka adalah sangat baik untuk menguatkan tulang yang patah kerana ia dapat menyembuhkan tulang dengan lebih cepat.

Air suam dengan rahsia cuka yang diminum akan melemahkan dan mengecutkan sistem aliran darah yang menjadi penyebab utama terjadinya lumpuh.

Adalah makruh mengambil air sembahyang (wuduk) pada suhu yang tinggi atau yang telah terkena panas cahaya matahari yang pastinya akan mengganggu sistem deria pada kulit.

Air sejuk secara psikologinya amat ditakuti oleh pesakit yang mengalami gangguan jin atau dikuasai oleh unsur-unsur spiritual yang jahat.

Air sejuk mempunyai nada bunyi dalam tekanan rendah yang amat lembut lagi mengharmonikan.

Air sejuk akan menguatkan tulang bayi.

Air sejuk akan meningkatkan sistem imun yang luar biasa sebagai tenaga pencegahan berbagai penyakit alahan dan jangkitan.

Air sejuk dalam rahsia ais memegang rahsia kepadatan molekul kristal yang paling keras iaitu Intan.

Air sejuk adalah kuasa penyerap yang amat sesuai dijadikan system penghantaran tenaga yang paling cekap sehingga ke dasar sel yang jauh dan menyeluruh.

Air sejuk mempunyai daya rangsangan yang boleh mengembalikan semangat orang yang telah hilang seperti pengsan, gila dan koma kembali sedar.

Mandi air sejuk akan menguatkan tulang. Tulang yang berlebihan dengan urik asid akan meningkatkan suhu tulang dan melemahkan struktur tulang.

Air sejuk lebih stabil molekul atomnya.Air sejuk lebih peka kepada gelombang frekuensi rendah yang dirakamkan melalui niat dalam amalan berwuduk.

Air sejuk dapat merakamkan gelombang frekuensi rendah lebih stabil.Air sejuk sesuai dijadikan air penawar kepada orang yang ingin merakamkan bunyi dalaman yang disertai dengan rasa kasih sayang dan keikhlasan.

Air kelapa muda bersifat sejuk dan amat baik untuk kesihatan kerana ia amat berkesan meneutralkan kesan keracunan dan keasidan yang berlebihan di dalam aliran darah. Tubuh secara semulajadi bersifat panas dan ia memerlukan pasangan yang bersifat sejuk.Oksigen dan hidrogen bersifat panas dan ia menguasai bahagian perut.

Adalah menjadi suatu kesalahan memulakan amalan pemakanan di waktu pagi dengan unsur-unsur yang panas.

Minumlah seteguk air sejuk di awal pagi kerana ia akan menguatkan perut.

(dipetik drpd Tranungkite Online)

Friday, May 15, 2009

mim - iluvislam

i luvislam
pengisiaanmu penuh dengan ilmuan
yang amat berguna kepada semua umat islam

i luvislam
kehadiranmu dalam hidupku
mengisi ruang kosong yang melanda di hati

i luvislam
kini kutahu, diriku penuh dengan kejahilan
tentang islam telah lama ku anuti

i luvislam
kau sumber rujukanku setelah Al-Quran & As-Sunnah

i luvislam
hidupku kini kembali ceria
dengan penuh keinsafan di dalam diri

9 Mimpi Rasulullah S.A.W

"Daripada Abdul Rahman Bin Samurah ra berkata, Nabi Muhammad saw bersabda:"Sesungguhnya aku telah mengalami mimpi-mimpi yang menakjubkan pada malam aku sebelum di Israqkan........"
/
1. Aku telah melihat seorang dari umatku telah di datang oleh malaikatul maut dengan keadaan yg amat mengerunkan untuk mengambil nyawanya, maka malaikat itu terhalang perbuatannya itu disebabkan oleh KETAATAN DAN KEPATUHANNYA KEPADA KEDUA IBUBAPANYA.
2. Aku melihat seorang dari umatku telah disediakan azab kubur yang amat menyiksakan, diselamatkan oleh berkat WUDUKNYA YANG SEMPURNA.
3. Aku melihat seorang dari umatku sedang dikerumuni oleh syaitan-syaitan dan iblis-iblis lakhnatullah, maka ia diselamatkan dengan berkat ZIKIRNYA YANG TULUS IKHLAS kepada Allah.

4. A! ku melihat bagaimana umatku diseret dengan rantai yang diperbuat daripada api neraka jahanam yang dimasukkan dari mulut dan dikeluarkan rantai tersebut ke duburnya oleh malaikut Ahzab,tetapi SOLATNYA YANG KHUSUK DAN TIDAK MENUNJUK-NUNJUK telah melepaskannya dari seksaan itu.

5. Aku melihat umatku ditimpa dahaga yang amat berat, setiap kali dia mendatangi satu telaga di halang dari meminumnya, ketika itu datanglah pahala PUASANYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT memberi minum hingga ia merasa puas.

6. Aku melihat umatku cuba untuk mendekati kumpulan para nabi yang sedang duduk berkumpulan-kumpulan, setiap kali dia datang dia akan diusir, maka menjelmalah MANDI JUNUB DENGAN RUKUN YANG SEMPURNANYA sambil ke kumpulanku seraya duduk disebelahku.

7. Aku melihat seorang dari umatku berada di dalam keadan gelap gelita di sekelilingnya, sedangkan dia sendiri di dalam keadaan binggung, maka datanglah pahala HAJI DAN UMRAHNYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT lalu mengeluarkannya dari kegelapan kepada tempat yang terang - benderang.

8. Aku melihat umatku cuba berbicara dengan golongan orang mukmin tetapi mereka tidakpun membalas bicaranya, maka menjelmalah SIFAT SILATURRAHIMNYA DAN TIDAK SUKA BERMUSUH-MUSUHAN SESAMA UMATKU lalu menyeru k epada mereka agar menyambut bicaranya,lalu berbicara mereka dengannya.

9. Aku melihat umatku sedang menepis-nepis percikan api ke mukanya,maka segeralah menjelma pahala SEDEKAHNYA YANG IKHLAS KERANA ALLAH SWT lalu menabir muka dan kepalanya dari bahaya api tersebut.

BERSABDA RASULULLAH SAW: "SAMPAIKANLAH PESANANKU KEPADA UMATKU YANG LAIN WALAUPUN DENGAN SEPOTONG AYAT"

Thursday, May 14, 2009

Barangan Penjagaan Pilihanku

Sebahagian dari penjagaan diri yang mesti dibawa...kemana-mana
1. Pencuci Muka - Artistry
2. Foundation - Artistry
3. Compact Powder - Shiseido
4. Loose Powder - Artistry
5. Lipstick - Artistry, silky girl, avon, revlon & body shop
6. Blusher - The face shop, sasa & elianto
7. Mascara - tak pakai, (susah nak basuh bila nak pray)
8. Eye liner - Silky girl & avon (pakai kadang2 jer)
9. Eye Syadow - Artistry, the face shop, lagi satu lupa nam dier.
10. Perfume - Chanel, Estee Lauder, Burberry, Salvatore Ferragamo & Body Shop (semuanya spray kat tudung jer...sebab ada alcohol, nak pray susah nanti).

Tak salah ....wanita islam memakai make up dan wangi-wangian ....asalkan tidak berlebih-lebihan .....Bukankah Islam itu indah?...renung-renungkan.

Suami, Isteri & Hadiah

Diriwayatkan oleh Aisyah r.a.,

"Pada suatu ketika Rasulullah menghadiahkan aku sebuah gelang yang amat cantik buatannya. Kemudiah aku bertanya kepada baginda, "Ya Rasulullah, siapakah di antara kami (isteri) yang paling kamu sayang?" Jawab Rasulullah, "Siapa yang ada gelang di lengannya." Keesokkan harinya aku dapati kesemua isteri baginda memiliki gelang yang sama."

*Kepentingan memberi hadiah*
Simbol kasih suami terhadap isteri
Menggembirakan hati isteri
Mencetuskan rasa hormat dan taat dalam hati isteri terhadap suami
Mewariskan rasa cinta dan menghilangkan kekotoran hati. Sabda Nabi, "Hendaklah kalian saling memberi hadiah kerana hadiah itu dapat menwariskan rasa cinta dan membersihkan berbagai kekotoran hati/jiwa."
Mendatangkan rasa saling cinta-mencintai, menyatukan hati dan memunculkan kasih sayang.

Imam Tabrani meriwayatkan daripada Aisyah r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda, "Biasakanlah kamu saling memberi hadiah, nescaya kamu akan saling mencintai." Juga diriwayatkan oleh Bukhari dalam Adabul Mufrad, no. 594. Ibnu Hajar berkata, "Sanadnya shahih."Melakukan kebaikan kepada isteri adalah sebahagian tanda Muslim sejati. Suami baik sedar bahawa dirinya menanggung amanah besar dalam soal menjaga kepentingan isteri.Sabda Rasulullah saw bermaksud: "Orang yang baik di antara kamu ialah orang paling berlaku baik terhadap isterinya dan akulah orang paling baik terhadap isteri daripada kamu." (Hadis Riwayat at-Tarmizi).Hadis lain Riwayat at-Tarmizi bermaksud: "Mukmin yang paling sempurna imannya ialah mukmin yang paling baik akhlaknya dan paling lemah lembut terhadap isterinya."

Nah... Masih berkira-kira hadiahkan sesuatu kepada isteri?Bagi isteri yang suaminya tak romantik atau berkira sangat nak beri hadiah, tak perlulah terasa hati. Terimalah suami seadanya dan redhalah dengan ketentuan Allah yang suami itu tidaklah sesempurna Rasulullah. Bukan senang untuk merubah manusia, tetapi kita boleh merubah diri sendiri. Untuk menggembirakan hati sendiri, isteri bolehlah berjimat-cermat atau simpan sedikit demi sedikit untuk mendapatkan sendiri hadiah idaman hati. Bukankah ini lebih memberikan kepuasan?

Bersabar Di Atas Ujian yang Menimpa

Dari Anas bin Malik r.a. , dia berkata

”Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:
” Sesungguhnya Allah telah berfirman: jika hambaKU Aku uji dengannya pada kedua matanya, namun dia bersabar, maka Aku akan menggantikan dari keduanya itu dengan syurga”
(Hadith ditakhrij Oleh Bukhari)

Fudhail bin ’Iyadh Rahimahullah pernah menerima pengaduan orang yang sedang ditimpa ujian . Maka dia berkata kepadanya: ” Hai , kamu ini malah mengadukan zat yang mengasihimu kepada orang yang tidak mengasihimu
Sebahagian orang-orang soleh terdahulu mengatakan :
Barangsiapa mengadukan musibah yang menimpanya , beerti seolah-olah dia telah mengadukan Rabbnya.yang dimaksudkan ini bukanlah pengaduan seseorang pada doktor tentang penyakit yang dideritainya. Namun yang dimaksudkan adalah umpatan atau keluhan atas cubaan dari Allah SWT kepada orang yang sama sekali tidak ada ikhtiar mahupun kemampuan untuk menghilangkannya , seperti mengadu pada temannya, jiran dan lainnya.*

Marilah kita sama-sama perbaharui iman kita agar bertambah kekuatan keimanan itu, buat sahabat-sahabat tersayang, jadilah wanita yang bersinar bak bintang dilangit, jangan bersedih terhadap ujian menimpa, kebahagiaan akan kembali kepadamu,kerana Dunia ini berputar bagaikan roda. Marilah sama-sama kita berusaha mendekati Allah sedekat-dekatnya, ketahuilah, tiada jalan yang lebih baik dari jalan mendekati Allah, saya doakan saya dan sahabat-sahabat sentiasa berada dijalan keredhaanNYA, Amin...

Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui. (QS. Al-Baqarah: 216)

*italic untuk isi yang dipetik dari buku : 50 Pesan Rasulullah kepada Kaum Wanita-Syeikh Majdi Fathi Ibrahim

Wednesday, May 13, 2009

Nice view - KLCC

i love this photo...nice

kebanggaan rakyat malaysia

gelapnye air pancut ni

isetan building,,,,paling tak suka nama dier....grrrrr